hai semua !! lama tak update . no wonder la i rasa macam ada benda yang hilang . FYI saya dah siap semua kerja saya . best gila kot. so adik adik yang nak masuk form6 silakan . jangan takut sebab form6 ini sangat best . okeyy dahhh bukan nak bebel pasal form6 sebenarnya . actually aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam perlaksanaan kerja kursus tersebut .
- cikgu azah (guru pembimbing sejarah) dan cikgu norlyda (guru pembimbing pengajian am) kerana secara rela hatinya mereka sanggup mengorbankan masa bersama keluarga bagi meluangkan masa bersama saya dan rakan-rakan untuk membantu menyiapkan kerja kursus dengan sempurna. secara jujurnya saya berasa bangga kerana saya memiliki guru yang sangat memberikan komitmen dengan baik sekali.
- keluarga (ayah & abang). sebagai seorang anak dan adik pengorbanan mereka merupakan pengorbanan yang tidak pernah terlupus di ingatan. sayang saya terhadap mereka melebihi segalanya. adik mengucapkan ribuan terima kasih dekat ayah kerana berkorban jiwa raga untuk adik. terima kasih dekat abang kerana melindungi adik dengan baik. walaupun abang tak pernah nyatakan yang abang sayang adik tetapi adik tahu jauh sudut abang sayang adik sangat sangat. terima kasih semua.
- shafiqah aina irdina shairul anuar (kawan baik) dan rakan-rakan(6ppu1s) kerana memberikan kerjasama yang baik dalam menyiapkan kerja kursus. wahai kawan-kawan terima kasih kerana memberikan tunjuk ajar kepada saya . tanpa tunjuk ajar kamu semua tiada daya saya melengapkan kerja ini. saya sangat berbangga mempunyai kawan-kawan @ classmates yang baik seperti kalian
- rakan-rakan lain (6ppu1p & 6ppu1e) kerana secara tidak langsung memberikan bantuan moral kepada saya bagi menyiapkan kerja ini. hal ini ditujukan khas terutama untuk rakan saya Muhammad Nur Aiman. walaupun beliau merupakan senior saya tetapi bantuan moral beliau sangat diperlukan.

