Wednesday, 27 May 2015
HIDUP YANG TIDAK PERNAH SEMPURNA
HIDUP TAK SELALUNYA INDAH . satu perkataan yang besar maknanya . seperti aku , jika sebelum ni aku bahagia .. bahkan tersangat bahagia dengan kehadiran orang yang memang sentiasa ambil berat pasal aku . tapi sekarang aku bakal kehilangan segalanya . dan aku sebagai seorang manusia aku kena redha dengan kehilangan yang bakal terjadi atas kesilapan aku sendiri yang leka dan tidak pernah menghargai apa yang aku miliki . jika aku mampu mengundurkan masa pastinya aku perbaiki semuanya . tapi masa kita tak boleh nak undur . so jalan terbaik kita redha dan biar masa yang tentukan adakah kehilangan tu tetap berlaku atau pun tidak . sejujur dan seikhas hati aku tidak menginginkan kehilangan itu terjadi . biarlah kehilangan yang terjadi kerana Allah mengangkat seseorang itu untuk berada disisinya . itu sahaja .
ALHAMDULILLAH
ASALAMMUALAIKUM ...
haii you all .. hari ni aku nak share satu cerita yang menurut aku sangat menarik . nak tahu tak cerita dia apee ?? okayy mehh sini duduk hadap blog ni . ehh yang nak gerak tu nak pergi mana ?? duduk la . ape ?? tak best ?? yekee ?? mehh la share ... humm takpelahh pergilahh . okay macam ni , tadi masa abis sekolah , akak-akak upper six ada buat ujibakat untuk mewakili sekolah dalam pertandingan teater . pastu aku pun cuba la nasib even aku tak pandai berlakon . actually haritu cikgu ada buat jugak . masa peringkat pertama tu aku lepas . sebab cikgu pilih aku . aku bersyukur . alhamdulillah ... untuk kali ini pulak aku diminta untuk bergandingan dengan bekas classmate aku . so aku pun try la . memang la susah sebab takda pengalaman . tapi orang ada cakap belum cuba belum tahu .macam-macam watak yang aku bawak . watak sedih , happy , and gila . time part happy tu aku rasa aku berlakon dengan cukup baik . tapi part sedih dengan gila tuu la yang aku kurang confident . tapi pape pun aku buat jugakk . and alhamdulillah aku berjaya lakukan dengan menurut aku sangat sempurna . tapi tak tahu la kakak-kakak ni . so sekarang aku just kena tunggu je keputusan cikgu . the moral is kawan-kawan kita haruslah berani mencuba sesuatu yang baru . ishhh jangan salah anggap . sesuatu yang baru tetapi positif . sebab kalau kita tak cuba kita takkan tahu . bak kata pepatah kalau tak dipecah ruyungnya mana nak dapat sagunya . cubalahh .. sebab Allah itu maha adil . dia beri semuanya sama rata . setiap orang ada kelemahan dan kelebihannya sendiri . so tak salah kita cuba sesuatu yang baru and positif . mana tahu ada kelebihan yang ada dalam diri korang tapi korang je yang tak sedar okeyy . so wishh me luckk . bye kawan-kawan .
Saturday, 23 May 2015
FIRST UPDATE IS ALL ABOUT FRIENDSHIP
asalammualaikum .. hai semua .
sebenarnya saya baru saja buat blog ni . for me blog ni sangat berguna untuk kita terutama pelajar untuk bertukar maklumat . hidup ni tiada guna kalau kita hidup sorang-sorang . kita mesti berteman untuk dapat maklumat . kecuali masa kita dah bertukar alam . so for my first update is saya nak ceritakan sikit pasal kawan saya .
sebenarnya saya baru saja buat blog ni . for me blog ni sangat berguna untuk kita terutama pelajar untuk bertukar maklumat . hidup ni tiada guna kalau kita hidup sorang-sorang . kita mesti berteman untuk dapat maklumat . kecuali masa kita dah bertukar alam . so for my first update is saya nak ceritakan sikit pasal kawan saya .
okay . lets start . ni ain anizan binti ismail ( yg paling depan ) . ain ni kawan aku dari aku from1 sampai lah sekarang aku form6 . yang bestnya dia ni classmate aku setiap tahun . tapi bila dah naik form6 ni kitaorang dah berpisah . ain ambik seni aku ambik sastera . even dah berbeza kelas kitaorang tetap kawan rapat . bak kata dia " berpisah sebab kita belajar . one fine day kita akan jumpa balik . kita tetap kawan " . kata-kata dia yang tu la yang buatkan aku semangat untuk belajar . tahu tak sepanjang 6 tahun kitaorang kawan dia selalu ada dengan aku time aku susah dan senang . dia la kawan aku .
ni shafiqah aina irdina shairul anuar . aku selalu panggil dia pika jee . pika ni lain sikit . sebab apa aku cakap dia lain ?? nak tahu . okay . pika ni classmate aku time form1 , form4 , form5 and form6 .kalau ain tu classmate dari form1 untill form5 . pika ni camtu la . kitaorang berpisah jap . tapi aku rapat sebab aku ni dormate dia dulu . satu katil lagi . haha jangan fikir lain okeyy . sebab tu kitaorang boleh rapat . aku sayang ain ngan pika . sebab diorang ada bila aku perlukan . sentiasa ada . aku harap aku dengan diorang kekal sahabat sampai bila-bila
SEMOGA HUBUNGAN PERSAHABATAN KAMI KEKAL . DOAKAN KAMI BERJAYA DALAM DUNIA KAMI YEE KAMU SEMUA . THANKS SEBAB BACA . NANTI UPDATE LAGI BYE . ASALAMMUALAIKUM !!
Subscribe to:
Posts (Atom)


